KUALA LUMPUR 26 Mac – Felcra Training & Consultancy (FTC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Awfatech Global Sdn. Bhd. (Awfatech) dalam usaha merapatkan jurang teknologi masyarakat luar bandar khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pengerusi FTC, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, kerjasama itu adalah sebahagian inisiatif yang diambil melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Katanya, melalui perjanjian persefaham (MoU) itu, FTC akan menjadi penggerak Desa ICT Maya sebagai pusat sehenti yang menyediakan latihan serta pembangunan kapasiti kepada generasi kedua luar bandar khususnya yang terbabit dalam bidang keusahawanan.
“FTC akan menjadikannya sebagai pusat untuk melaksanakan latihan yang berasaskan kepada e-digital ekonomi seperti pelaksanaan program dalam talian iaitu dalam bidang pemasaran dan pembangunan produk.
“Projek ini akan dilaksanakan dengan memberi impak yang maksima membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multi Media (KKMM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
“Kita perlu mempunyai strategi dalam menjadikan dunia globalisasi sebagai satu peluang kepada masyarakat luar bandar,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani MoU antara FTC dan AWFATECH, baru-baru ini. Yang turut hadir, Pengerusi Afwatech, Datuk Sohaimi Shahadan. Pada majlis itu, FTC diwakili Pengarah Urusannya, Rohaizat Ahmad, manakala Awfatech diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Razali Ahmad. Sementara itu Sohaimi berkata, Awfatech menyifatkan MoU sebagai satu kepercayaan tinggi FTC terhadap syarikat itu bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat luar bandar. Beliau berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha menyahut seruan kerajaan untuk meningkat penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar. “Saya percaya melalui program yang dirancang ini kita mampu melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar yang lebih berdaya saing sekaligus menguasai pasaran global,” katanya.
habis.
Baca Kelanjutan FTC, Awfatech kerjasama rapat jurang teknologi - Utusan Malaysia : http://ift.tt/2npOlh2
Comments
Post a Comment