Skip to main content

Rawat guna membran - Utusan Malaysia

Sebab itu mereka yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa melakukan inisiatif bagi mencari penyelesaian masalah memastikan kualiti air berada pada tahap kebersihannya terjamin.

Teknologi rawatan air kini berdepan dengan cabaran bagaimana menghadapi masalah air sisa buangan yang disalurkan ke sungai. Dengan proses perbandaran dan perindustrian semakin pesat, banyak kilang dan sisa domestik menghasilkan air buangan yang bukan sahaja membawa bahan pencemar dan perlu dirawat.

Terdapat pelbagai teknologi rawatan air antaranya menggunakan penapis biologi dan fizikal tetapi sejauh mana ia berkesan adalah bergantung kepada kecekapan penapis berkenaan. Namun bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air, penggabungan sistem penapis fizikal dan biologi digunakan bagi memberi kesan rawatan yang berkesan.

Penyelidikan tersebut dijalankan oleh Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sumber Air (iPASA) bagi teknologi rawatan dan Pusat Teknologi Membran Termaju bagi penghasilan membran.

Teknologi tersebut buat pertama kalinya dipasang di Kahang, Kluang, Johor bagi merawat sisa buangan kilang sawit (POME) dan dipelopori bekas naib canselornya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Walau bagaimanapun, penyelidikan tersebut digunakan dengan menggunakan pelbagai jenis membran berdasarkan saiz liang.

Teknologi tersebut adalah untuk merawat jenis sisa kumbahan domestik dan kilang penapis petroleum selain sisa organik.

Kaedah yang sama juga digunakan terhadap sisa perbandaran yang dijalankan oleh pelajar (kedoktoran) dengan mengambil sisa dari kilang di Pasir Gudang yang mengandungi sulfat tinggi.

Biasanya saiz membran yang digunakan adalah 0.4 mikron manakala yang bersaiz 0.2 mikron memerlukan kos tnggi disebabkanb sisa buangan petrokimia mengandungi sulfat tinggi.

Penyelidikan tersebut yang telah dimulakan sejak 2008 kini pada tahap membanggakan dengan kejayaan menghasilkan reaktor.

Menurut ketua penyelidiknya Prof. Madya Dr. Zainura Zainon Noor, bioreaktor dipasang dengan membran dan juga kultur mikrob bagi menepati konsep gabungan penapis fizikal dan biologi

Selain beliau ahli kumpulan lain adalah Prof. Dr. Azmi Aris, Dr. AdhiYuniarto, Dr. Neoh Hong Ching, Dr. Noor Sabrina Mutamim, RabiatulSulihah Ibrahim, Prof Madya Dr. Fadhil Md. Din dan Juhaiza Talib @Harun.

Beliau berkata, penggunaan membran yang digabungkan dengan penggunaan bakteria mempunyai kelebihan kerana tidak memerlukan reaktor besar.

Penggunaan kaedah ini hampir 99 peratus bersih iaitu membersihkan air buangan yang boleh dilepaskan ke persekitaran di Skudai, Johor Bahru, ujarnya.

Penyelidikan tersebut yang berjaya membangunkan reaktor dengan pembiayaan dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dengan dana Geran Universiti Penyelidikan bernilai kira-kira keseluruhan RM500,000.

Teknologi membran meskipun mahal iaitu kerap diganti tetapi mempunyai kelebihan kerana mempunyai peranan dalam menapis dan merawat air dan sisa buangan termasuklah POME.

Cabaran teknologi membran

Dr. Zainura berkata, antara cabaran dalam teknologi membran pada masa ini adalah masalah pembersihan dan fouling selain kos membran yang agak tinggi.

Menurutnya lagi, pihaknya meneruskan penyelidikan dengan menjana elektrik dan boleh berooperasi sendiri menggunakan pam tanpa janaan elektrik luar.

Membran akan bertindak sebagai elektrod (katod) dengan menghasilkan tenaga bagi kerja kerja penapisan air.

“Oleh itu proses pengudaraan (aearation) untuk tujuan penguraian tidak lagi memerlukan tenaga,” ujarnya.

Beliau dan kumpulannya akan meneruskan penyelidikan tersebut menggunakan dana FRGS yang baru diperoleh tahun lepas.

Berkongsi lebih lanjut pihaknya berharap dapat memfailkan hak cipta untuk teknologi rawatan MBR terbaru yang bakal dihasilkan selain memohon dana untuk tujuan ke arah peningkatan skala dan pengkomersialan serta bekerjasama dengan pihak industri dalam bentuk penempatan untuk on-site testing of pilot MBR.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) antara yang aktif 
dalam penyelidikan mengenai teknologi membran 
di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, beberapa penyelidikan yang dijalankan ketika ini dan pada masa hadapan antaranya adalah membrane osmosis (balikan membran) yang berguna dalam penyahgaraman air laut, kitar semula air dan air sisa industri.

“Dalam masa yang sama, teknologi membran akan dimanfaatkan dalam haemodialisis untuk penulenan darah dan membran sesentuh untuk pemisahan gas karbon dioksida,‘’ ujarnya.

Teknologi membran juga dimanfatkan untuk minyak sawit yang dijalankan sejak dua atau tiga tahun lepas.

Beliau yang juga pakar dalam teknologi membran berkata, satu lagi penyelidikan adalah berkaitan membran bioreaktor.

“Saya menjalankan penyelidikan ini yang berguna untuk tindak balas dan pemisahan serentak, ujarnya.

Let's block ads! (Why?)


Baca Kelanjutan Rawat guna membran - Utusan Malaysia : http://ift.tt/2o0Tyxi

Comments

Popular posts from this blog

Teknologi skal få dig hurtigere over Storebælt: Nummerpladen er bilens nye ... - DR

Warriors blast Rockets in second half, force Game 7 OAKLAND, Calif. - More than seven months and 98 games later, the Rockets' quest to surpass and succeed the champion Warriors comes down to one more game. The collision course that had been viewed by many to be no more than the Rockets' quixotic obsession brought them to a Game 7 Monday at Toyota Center, their shorthanded bid to eliminate the Warriors in a stunning upset coming up a half short. The Warriors blasted the Rockets in the second half when the 3s poured in, the Rockets' bogged down and the absence of Chris Paul became most conspicuous as the Warriors joyfully rolled to a 115-86 ro... Let's block ads! (Why?) Baca Kelanjutan Teknologi skal få dig hurtigere over Storebælt: Nummerpladen er bilens nye ... - DR : https://ift.tt/2IRGPId

ごみ処理場で軽トラと衝突…作業員が転落し死亡【愛媛・伊予市】(テレビ愛媛) - Yahoo!ニュース

テレビ愛媛 伊予市のごみ処理施設で18日午前、作業員の男性が軽トラックとぶつかり、ごみを溜めるピットに転落して死亡しました。 18日午前9時半頃、伊予市三秋の伊予地区清掃センターで市の臨時職員・武智秀高さん(61)が軽トラックとぶつかり、約6メートル下のごみをためるピットに転落しました。 武智さんは松山市の病院に搬送されましたが、全身を強く打っていて約1時間半後に死亡しました。 武智さんは軽トラックをごみの投入口まで誘導していたということです。 警察は軽トラックを運転していた67歳の女性から事情を聴くなどし、原因を詳しく調べています。 伊予地区清掃センターは今後、一般の利用者は高さ1メートルほどの破砕機にゴミを投入してもらうなど、対策をとることにしています。 テレビ愛媛 Let's block ads! (Why?) "ゴミ" - Google ニュース March 18, 2020 at 04:30PM https://ift.tt/2WrNNsI ごみ処理場で軽トラと衝突…作業員が転落し死亡【愛媛・伊予市】(テレビ愛媛) - Yahoo!ニュース "ゴミ" - Google ニュース https://ift.tt/2sQokwh Shoes Man Tutorial Pos News Update Meme Update Korean Entertainment News Japan News Update

メルペイが「かんたん出品連携」機能を開始、SHOPLISTで購入した商品の資産価値を可視化して簡単に出品できる - ネットショップ担当者フォーラム

メルペイは3月27日から、提携するECサイトでメルペイのネット決済を利用して購入した商品を、購入履歴を元に簡単にメルカリに出品できる「かんたん出品連携」機能の提供を開始した。 第一段として、CROOZ SHOPLISTが運営するECサイト「SHOPLIST.com by CROOZ」で「かんたん出品連携」機能を導入した。 「かんたん出品連携」機能とは 「かんたん出品連携」は、メルカリアプリ内の「持ち物リスト」に含まれる商品を簡単に出品できる機能。「持ち物リスト」には、提携するECサイトでメルペイを利用して購入した商品や過去にメルカリで購入した商品、「売れるかチェック」機能を使用して撮影した持ち物が掲載される。 また、過去の相場データやAIから予測した各商品の売れやすい価格や、リスト内の商品の合計金額が表示され、自身の資産情報が可視化される。出品時には、商品のカテゴリーやブランド、商品名、説明が全て自動で入力されるため、メルカリに簡単に出品できるようになる。 「持ち物リスト」の画面(画像は編集部がキャプチャし、追加) 今後はANAP、fifth、MAGASEEK、PREMOA、RUNWAY channelなどのECサイトでも実装されるという。 機能実装の背景 今回の機能実装の背景について、メルペイは以下のように述べた。 メルカリが2019年4月にフリマアプリ利用者を対象に実施した調査によると、「新品購入時にリセールバリューを考えるようになった」と回答した割合が6割を超えていました。この結果から、消費者の中で「売ることを前提に買い物をする」という意識の広がりと「再販価値の把握」に対する消費者のニーズの高まりが感じられます。 また、フリマアプリの利用により「新品の購入単価が上がった」と回答した割合が約3割となっており、フリマアプリの存在が新品購入の単価にも影響を与えていることがうかがえます。 メルペイとSHOPLIST、それぞれの見解 機能実装に際して、メルカリの遠山義幸氏とCROOZ SHOPLISTの稲垣剛之氏に両社にとってのメリットや見解について話を聞いた。 CROOZ SHOPLIST取締役 プロダクト管理本部管掌の稲垣剛之氏(左)と メルカリMP Online & Data Linkage Managerの遠山...