Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat melengkapkan diri dengan ilmu dalam menghadapi ledakan teknologi yang sentiasa berkembang serta mempengaruhi kehidupan manusia pada abad ke-21.
Baginda bertitah penguasaan teknologi juga menjadi sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara.
“Internet kini antara medium perantara yang mengubah corak hidup masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan ekonomi,” titah baginda yang berkenan merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang dan Classroom Makeover-YTL di sekolah tersebut di Perlis baru-baru ini.
Yang turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Perlis, Datuk Hamdan Bahari; Anggota Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail; Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail; Pengarah YTL Corporation Berhad, Datuk Yeoh Soo Min; Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew Wai Lin dan Pengarah Komunikasi YTL, Shahirul Amran.
Classroom Makeover adalah yang pertama di Perlis, ditaja oleh syarikat korporat YTL dan merujuk kepada bilik darjah yang dilengkapkan dengan teknologi komunikasi dan maklumat berkaitan alam maya.
Tuanku Syed Faizuddin berharap pendidikan berteraskan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog VLE ini akan menjadi medium dalam meningkatkan prestasi pendidikan sekolah-sekolah di Perlis.
Sementara itu, Guru Besar SK Kayang, Noridah Hamdan berkata, Frog VLE Classroom itu adalah yang pertama di Perlis dan ke-150 di seluruh negara. – BERNAMA
Baca Kelanjutan Lengkapi diri dengan ilmu, teknologi terkini - Utusan Malaysia : http://ift.tt/2sb7F0X
Comments
Post a Comment