GEORGETOWN: Konsulat Jepun di Pulau Pinang dengan kerjasama Tech Dome Penang sekali lagi tampil dengan Program Teknologi Jepun (JTW) 2017 yang mempamerkan pelbagai barangan berteraskan industri.
Program yang menyaksikan pembabitan tujuh syarikat dan dua organisasi berkaitan teknologi dari Jepun itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai perubahan dan inovasi dihasilkan dari semasa ke semasa.
Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Kiyoshi Itoi, berkata inovasi teknologi terus berkembang memberikan impak, bukan sahaja terhadap gaya hidup, tetapi turut memberi pengaruh besar terhadap perubahan dunia semasa.
Selain itu, katanya, penganjuran JTW 2017 itu sangat penting dengan perubahan teknologi yang sangat pesat, selain ia selari dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Jepun Ke-60, yang disambut pada tahun ini.
"Sebagai antara negara yang terkenal dengan inovasi teknologi, kami gembira untuk berkongsi kejayaan dan pencapaian dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kualiti hidup seharian.
"Malah, elemen perkongsian juga sudah menjadi satu budaya Jepun, selain berharap JTW 2017 tampil sebagai platform untuk menggalakkan kerjasama aktif antara Malaysia dan Jepun.
"Saya juga berharap JTW 2017 akan terus memainkan peranan utamanya untuk berkongsi teknologi terkini dan menjadi acara tahunan yang bakal mempamerkan inovasi terbaharu dari Jepun," katanya ketika ucaptama JTW 2017 di sini, semalam.
Penganjuran JTW 2017 yang bermula sejak kelmarin, di Tech Dome Penang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Info: JTW 2017
# Syarikat dan Organisasi yang terbabit
- Murata Electronics (M) Sdn Bhd
- Renesas Semiconductor (M) Sdn Bhd & Renesas Semiconductor Design (M) Sdn Bhd
- Yamaha Music (M) Sdn Bhd
- Sony EMCS (M) Sdn Bhd
- Toray Group Malaysia
- Toyohashi University of Technology
- Canon Marketing (M) Sdn Bhd
- Pink Hibiscus Club
- Konsulat Jepun di Pulau Pinang
Baca Kelanjutan Teknologi Jepun di Tech Dome - Berita Harian : http://ift.tt/2wUvUWW
Comments
Post a Comment