Skip to main content

PETRONAS komersialkan teknologi - Berita Harian

KUALA LUMPUR: PETRONAS merancang meningkatkan sumbangan pendapatan daripada teknologi yang dibangunkan kumpulan penyelidiknya menerusi aktiviti pengkomersialan dalam kalangan industri minyak dan gas (O&G).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kumpulan percaya teknologi mampu memberikan kelebihan pada masa depan, justeru sekitar RM600 juta hingga RM800 juta setahun diperuntukkan bagi pembangunan teknologi.

Katanya, pihaknya menjamin pembangunan teknologi tidak akan terhalang walaupun dalam persekitaran mencabar menerusi komitmen kumpulan untuk terus melabur dalam teknologi dan menjanjikan peruntukan tetap setiap tahun.

"Saya rasa sebelum ini kami sudah banyak membangunkan teknologi dalam syarikat, tapi kami tak bagus dalam mempromosikan serta mengkomersialkan teknologi ini kerana ia memerlukan set kemahiran khusus.

"Sumbangan komersial ketika ini sangat kecil, kerana itu kami perlu lebih kuat untuk melaksanakannya walaupun saya tidak rasa ia akan mencecah peratusan sumbangan pendapatan yang ketara pada masa depan.

"Mungkin menerusi komitmen berterusan mengkomersialkan teknologi ini, akan ada peningkatan jumlah teknologi yang dikomersialkan khususnya dalam bidang gas tercemar kerana kini sudah ada industri menggunakan teknologi membran kami untuk penapisan gas," katanya dalam satu temubual bersama BH dan New Straits Times di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak semua teknologi milik PETRONAS akan dikomersialkan kerana kumpulan turut melabur dalam beberapa bidang teknologi terpilih untuk memberikan kelebihan dalam persaingan.

"Seperti teknologi pengimejan geo yang dibangunkan dalam syarikat, teknologi seperti ini tidak akan dikomersialkan, hanya untuk kegunaan syarikat kerana ia akan memberikan kelebihan bersaing dengan pesaing kami.

"Kami juga akan terus melabur dalam teknologi yang mampu memberikan kelebihan seperti ini, sudah tentu kita ingin lihat apa yang ada dalam tanah lebih baik berbanding orang lain," katanya.

Let's block ads! (Why?)


Baca Kelanjutan PETRONAS komersialkan teknologi - Berita Harian : http://ift.tt/2fkLDnU

Comments

Popular posts from this blog

Teknologi skal få dig hurtigere over Storebælt: Nummerpladen er bilens nye ... - DR

Warriors blast Rockets in second half, force Game 7 OAKLAND, Calif. - More than seven months and 98 games later, the Rockets' quest to surpass and succeed the champion Warriors comes down to one more game. The collision course that had been viewed by many to be no more than the Rockets' quixotic obsession brought them to a Game 7 Monday at Toyota Center, their shorthanded bid to eliminate the Warriors in a stunning upset coming up a half short. The Warriors blasted the Rockets in the second half when the 3s poured in, the Rockets' bogged down and the absence of Chris Paul became most conspicuous as the Warriors joyfully rolled to a 115-86 ro... Let's block ads! (Why?) Baca Kelanjutan Teknologi skal få dig hurtigere over Storebælt: Nummerpladen er bilens nye ... - DR : https://ift.tt/2IRGPId

ごみ処理場で軽トラと衝突…作業員が転落し死亡【愛媛・伊予市】(テレビ愛媛) - Yahoo!ニュース

テレビ愛媛 伊予市のごみ処理施設で18日午前、作業員の男性が軽トラックとぶつかり、ごみを溜めるピットに転落して死亡しました。 18日午前9時半頃、伊予市三秋の伊予地区清掃センターで市の臨時職員・武智秀高さん(61)が軽トラックとぶつかり、約6メートル下のごみをためるピットに転落しました。 武智さんは松山市の病院に搬送されましたが、全身を強く打っていて約1時間半後に死亡しました。 武智さんは軽トラックをごみの投入口まで誘導していたということです。 警察は軽トラックを運転していた67歳の女性から事情を聴くなどし、原因を詳しく調べています。 伊予地区清掃センターは今後、一般の利用者は高さ1メートルほどの破砕機にゴミを投入してもらうなど、対策をとることにしています。 テレビ愛媛 Let's block ads! (Why?) "ゴミ" - Google ニュース March 18, 2020 at 04:30PM https://ift.tt/2WrNNsI ごみ処理場で軽トラと衝突…作業員が転落し死亡【愛媛・伊予市】(テレビ愛媛) - Yahoo!ニュース "ゴミ" - Google ニュース https://ift.tt/2sQokwh Shoes Man Tutorial Pos News Update Meme Update Korean Entertainment News Japan News Update

Pertamina EP Gandeng Badan Geologi Kembangkan Teknologi ... - Katadata News

Pertamina EP Gandeng Badan Geologi Kembangkan Teknologi ... - Katadata News Pertamina EP Gandeng Badan Geologi Kembangkan Teknologi ... Katadata News Kepala Badan Geologi Kementerian ESDM Ego Syahrial mengatakan tujuan dari kerja sama ini untuk menegaskan komitmen dalam melaksanakan penelitian dan pengembangan teknologi eksplorasi di bidang geologi. “Khususnya terkait sumber daya ... and more »