PRASARANA Malaysia Bhd (Prasarana) menyasarkan untuk mengurangkan pembelian bahan operasi dan penyelenggaraan (O&M) daripada pembekal asing sebanyak 20 peratus dalam masa lima tahun dengan meningkatkan pembabitan vendor tempatan dalam industri kereta api.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Masnizam Hisham berkata, pada masa ini nisbahnya adalah 80 peratus pembekal asing dan 20 peratus pembekal tempatan.
“Di dalam tender, kami sudah mewajibkan kepada pembekal untuk mempunyai 30 peratus kandungan tempatan, dan selain itu kami juga menggalakkan lokalisasi bagi mendapatkan lebih banyak pemindahan teknologi dan untuk pembekal mendapat rakan kongsi tempatan bagi sebahagian bekalan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian dengan rakan industri kereta api tempatan Kuala Lumpur.
Prasarana menandatangani perjanjian itu dengan dua vendor tempatan, Amantronic Sdn Bhd (Amantronic) and LCE Resources Sdn Bhd (LCE Resources), kerjasama penting dalam membangunkan bakat tempatan dalam perniagaan kereta api negara.
Ketua Pegawai Perkhidmatan Infra Prasarana, Ahmad Nizam Mohd Amin, menandatangani bagi pihak Prasarana manakala Amantronic diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Izwan Shah Mohd Sabri Daniel, sementara LCE Resources oleh Pengarahnya, Thai Kam Weng.
Masnizam berkata, Malaysia yang tidak mempunyai industri membekalkan kereta api, bergantung kepada firma asing.
Lebih banyak pemain tempatan harus ke hadapan dan mencari peluang di dalam industri yang sedang berkembang ini dengan memenuhi piawaian diperlukan dan menjadi secekap mungkin untuk menerima teknologi, katanya.
“Melalui Program Koloborasi Industri (ICP) yang digabungkan di dalam tender kerjasama dengan Agensi Depositori Teknologi (TDA), kami meletakkan syarat bon tambahan sebanyak lima peratus bagi memastikan pembekal berusaha sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan vendor tempatan dalam pemindahan teknologi juga akses kepada pasaran luar negara.
“Bon ICP ini sebagai tambahan kepada bon prestasi dan bayaran pendahuluan yang dilucuthakkan jika tidak memenuhi syarat,” kata Masnizam. - Bernama
Baca Kelanjutan Kena cekap terima teknologi - Sinarharian : https://ift.tt/2GVWIME
Comments
Post a Comment